.

Selasa, 22 Februari 2011

Mutiara Kata Guru Utama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ. آمِيْنِ “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjuklah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” Walau di mana kita berhijrah, menetap dan mencari rezeki atau ke mana juga kita pergi sekalipun, kita hendaklah mengikut adat resam dan budaya kehidupan masyarakat setempat yang tidak bertentangan dengan amalan dan ajaran agama Islam. Janganlah kita berlagak sombong dan bangga diri walaupun ilmu tidak setinggi mana dan pengalaman serta pengetahuan tidak seberapa. Kita seharusnya mempunyai perasaan menghormati mereka yang lebih tua yang lebih banyak pengalaman mahu pun yang lebih muda dari kita dan kita patut merendah diri walaupun ilmu di dada penuh berisi setinggi gunung dan pengalaman serta pengetahuan seluas lautan samudra. Pepatah Melayu ada berbunyi :-


“IBARAT BUNGA PADI, LAGI BERISI LAGI TUNDUK IA” dan “ULAR YANG MENYUSUR AKAR TIDAK AKAN HILANG BISANYA”. Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar Mohamad Samsi Bin Amri

Pantang Larang dan Adab Persilatan Kuntau Banjar

Pantang Larang Persilatan 1) Tidak mencemarkan nama baik Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar. 2) Tidak mengunakan ilmu yang diajar ke arah negetif. 3) Tidak mengkhianati bangsa Melayu. 4) Tidak menderhaka kepada guru, ibu dan bapa. 5) Tidak bergaduh sesama saudara perguruan. 6) Tidak memburukkan pertubuhan silat melayu lain. 7) Tidak mencari musuh sesama saudara seagama mahupun bangsa lain selagi tidak memudaratkan. 8) Tidak membangga diri dengan ilmu yang ada. 9) Tidak memandang rendah terhadap bangsa seagama. 10) Tidak mengabaikan suruhan agama. Adab Persilatan 1) Menghormati guru utama, jurulatih dan sesama saudara seperguruan 2) Menghormati gelanggang silat dengan tidak bermain-main sewaktu pembelajaran 3) Menghadirkan diri dengan lebih awal dari guru utama atau jurulatih 4) Tidak menggunakan ilmu silat lain yang ada didada dengan niat mahu menguji guru utama atau jurulatih. 5) Bersalaman sesama saudara seperguruan diawal dan diakhir pembelajaran.

Misi, Visi dan Fokus Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar

Misi :

Mendaulatkan dan memelihara Seni Pusaka Bangsa Rumpun Melayu demi membentuk sahsiah diri yang sempurna untuk Agama, Bangsa dan Negara.


Visi :

Melahirkan pelatih silat yang mempunyai kesedaran dalam:-

a) Menanamkan Rasa Cinta Pada Pusaka Silat Bangsa Melayu.

b) Membentuk Keperibadian Diri Dan Akhlak Yang Baik.

c) Membentuk Disiplin Terhadap Diri, Keluarga, Masyarakat.

d) Menyemai Sifat Kepimpinan Didalam Diri.


Fokus:

Untuk permulaan, golongan sasaran adalah remaja dikawasan gombak mahupun kawasan cawangan berhampiran kerana gejala sosial seperti aktiviti melepak, lumba haram, menghabiskan masa di Cyber Cafe dan lain-lain semakin berleluasa dikalangan remaja masa kini. Justeru itu melalui metod persaudaraan yang ada dalam Pertubuhan Seni Silat ini dapatlah mendidik anak-anak remaja ini lebih berdisiplin dalam hidup disamping memberi pengetahuan pembelajaran zaman berzaman ini.