.

Pakaian Rasmi Pelatih Silat

(Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas)

Baju/Seluar
Berwarna hitam bercirikan baju melayu moden dan mempunyai sulaman belakang tertera “KUNTAU BANJAR, WARISAN TRADISI”

Bengkung Persilatan
Mempunyai empat warna yang berbeza iaitu:-
1) Kuning
(Dipakai oleh Jurulatih Senior yang mendapat tauliah dari Guru Utama Pertubuhan)
2)Hijau Cula Kuning
(Dipakai oleh jurulatih Muda yang mendapat tauliah dari Guru Utama Pertubuhan)
3)Putih Cula Hijau
(Pelatih Senior yang mendapat tauliah dari Guru Utama Pertubuhan)
4)Putih
(Pelatih muda)

Tanjak dan Capal
Pemakaian capal adalah hanya sewaktu majlis rasmi yang melibatkan Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar ataupun pada pertunjukkan silat.

Keterangan
Pemakaian uniform rasmi adalah diwajibkan setiap kali latihan diadakan. Tujuan pemakaian uniform tersebut adalah satu bentuk untuk latihan kepada pelatih-pelatih untuk timbul rasa keseronokan kepada pakaian warisan hulubalang melayu lama disamping membentuk disiplin diri. Bagi pelatih baru, pemakaian uniform rasmi pada bulan ke dua/tiga pembelajaran adalah digalakkan.

Perbezaan bengkung persilatan pula adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa hormat pelatih muda kepada yang senior disamping menaikkan motivasi pelatih muda agar berusaha untuk mencapai ke peringkat warna tersebut. Namun perbezaan warna bengkung ini tidak menjamin kemahiran ilmu pelatih, hakikatnya walaupun pelatih tersebut memakai bengkung putih namun sekiranya kesungguhan yang ditunjukkan dalam mempelajari ilmu, maka tidak mustahil kefahaman pelatih tersebut menyamai pelatih yang memakai hijau cula kuning.

Bagi pemakain Tanjak dan Capal, ia merupakan pelengkap kepada keseluruhan Uniform Rasmi Seni Silat Kuntau Banjar yang diwajibkan untuk dipakai sewaktu majlis rasmi/pertunjukkan silat.