.

Ahad, 13 November 2011

Paparan Gambar dan Video Terkini

Assalamualaikum kpd semua pembaca blog dan ahli-ahli sskb...

Berikut adalah paparan link untuk gambar dan video yang di ambil di :-
Dewan D,MAEPS,MARDI,Serdang , Majlis Perkahwinan En.Ezuan Jamadon dengan Wan Zubaidah Yusof

Video
http://silatkuntaubanjar.blogspot.com/p/video-sskb.html

(sila copy dan paste di ruangan address http atau ke galeri gambar / Video SSKB)


Sekian,wassalam

Sabtu, 16 Julai 2011

Makna Lambang SSKB

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua,

Berikut adalah perincian makna terhadap Lambang Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar :-







1. Simbol Kitab
Panduan dan rujukan umat manusia untuk mengharungi liku-liku kehidupan beragama



2.Simbol dua bilah parang tanpa sarung
Salah satu jenis senjata yang mana simbol parang dalam lencana ini membawa erti sentiasa bersedia untuk berbakti kepada agama,bangsa dan negara.



3.Simbol dua rangkaian padi
Membawa maksud penyatuan dan perpaduan serta kerjasama semua keturunan di Malaysia melalui seni silat.



4. Simbol Bintang Kiri Dan Kanan
Lima bucu setiap bintang membawa maksud kepada Lima Rukun Islam yang harus dipatuhi oleh setiap umat islam tidak kira apa jua keturunan dan bangsa.

Warna-warna lambang/Lencana



Kuning-
Membawa maksud kesetiaan dan ketaatan terhadap Raja dan Negara

Hitam-
Melambang erti kesabaran yang mana ianya di utamakan di dalam apa jua perkara yang sedang dan bakal di laksanakan.

Putih-
Erti kebersihan dan kesucian

Hijau-
Bermaksud patuh kepada ajaran agama.

Khamis, 7 April 2011

Seni Silat Unik Indah

Seni silat bukan semata-mata memerlukan ketahan fizikal tetapi juga pengawalan mental serta semangat perjuangan yang tinggi. Ahli Silat tidak merasai ketulenan sesuatu ilmu itu andai sekadar mengetahui cara mempertahakan diri sahaja.Oleh kerana mereka perlu berguru. Gabungan langkah yang cantik bersama gerakkan tangkas menjadikan seni silat satu amalan membela diri yang cukup unik.

Dengan izin Allah SWT, seni silat turut mampu menghindarkan serta menjauhkan golongan muda dari kegiatan tidak sihat di kalangan mereka. Walaupun latihan gigih terpaksa di jalankan tetapi sekurang-kurangnya remaja mempunyai ilmu untuk mempertahakan diri dan tidak terpinggir dari kaca mata masyarakat.

Pinang Di Belah Empat
Jangan perkecilkan Bunga Silat.........Kerana dalam bunga tersebut terkandung Buah pukulan yang tersembunyi di dalam rahsia.

Pinang Di Belah Empat:


1. Menghindar sebarang pertempuran selagi boleh

2.Mengelak jika lawan terus mendesak

3.Menasihati (Biasanya dengan pukulan-pukulan ringan)

4.Apabila lawan masih berdegil dan terus menganiaya.....Lipat dengan teknik penghabis.

Seni & Bunga

Hikmat Permainan Seni dan Bunga Silat

Kebaikkan diri mempelajari Silat yang lemah lembut ini adalah untuk melatih diri pelatih silat itu sendiri bahawa dalam persilatan mempunyai unsur-unsur didikan agar keperibadian kita jauh dari sikap angkuh,sombong dan takbur.

Mohamad Samsi Bin Amri
-Guru Utama Seni Silat Kuntau Banjar-

Selasa, 29 Mac 2011

Panglima Perang Banjar

Pahlawan Banjar-Foto Demang Lehman panglima perang Pangeran Hidayatullah

"Al-Fatihah"


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ. آمِيْنِ

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjuklah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”


............................................***..................................


“Mengikut sejarah dan fakta lama, beliau ditangkap ketika sedang sembahyang dan kemudian digantung di alun-alun Martapura pada tanggal 27 Februari 1863 / 8 Ramadhan 1279 H. Kata-kata beliau terakhir BANJAR AKAN BEBAS JIKA DIPALAS DENGAN DARAH”.

Menurut perkabaran, kepala beliau dibawa ke Belanda dan sampai sekarang masih di muzium perang Troopen Muzium di Amsterdam-Belanda. Selain kepala Kiai Demang Lehman, turut terdapat kepala Prabu Anom Dinding Raja ( Jalil ) dan Penghulu H. Rasyid.

Sumber: *Ph.D – Historical di Malaysia Thesis tentang Pangeran Hidayatullah & penelitian beberapa bulan sampai ke negeri Belanda.

Rujukan lebih lanjut mengenai Demang Lehman boleh dilihat menerusi :- http://id.wikipedia.org/wiki/Demang_Lehman

Selasa, 22 Februari 2011

Mutiara Kata Guru Utama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ. آمِيْنِ “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjuklah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.” Walau di mana kita berhijrah, menetap dan mencari rezeki atau ke mana juga kita pergi sekalipun, kita hendaklah mengikut adat resam dan budaya kehidupan masyarakat setempat yang tidak bertentangan dengan amalan dan ajaran agama Islam. Janganlah kita berlagak sombong dan bangga diri walaupun ilmu tidak setinggi mana dan pengalaman serta pengetahuan tidak seberapa. Kita seharusnya mempunyai perasaan menghormati mereka yang lebih tua yang lebih banyak pengalaman mahu pun yang lebih muda dari kita dan kita patut merendah diri walaupun ilmu di dada penuh berisi setinggi gunung dan pengalaman serta pengetahuan seluas lautan samudra. Pepatah Melayu ada berbunyi :-


“IBARAT BUNGA PADI, LAGI BERISI LAGI TUNDUK IA” dan “ULAR YANG MENYUSUR AKAR TIDAK AKAN HILANG BISANYA”. Guru Utama Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar Mohamad Samsi Bin Amri

Pantang Larang dan Adab Persilatan Kuntau Banjar

Pantang Larang Persilatan 1) Tidak mencemarkan nama baik Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar. 2) Tidak mengunakan ilmu yang diajar ke arah negetif. 3) Tidak mengkhianati bangsa Melayu. 4) Tidak menderhaka kepada guru, ibu dan bapa. 5) Tidak bergaduh sesama saudara perguruan. 6) Tidak memburukkan pertubuhan silat melayu lain. 7) Tidak mencari musuh sesama saudara seagama mahupun bangsa lain selagi tidak memudaratkan. 8) Tidak membangga diri dengan ilmu yang ada. 9) Tidak memandang rendah terhadap bangsa seagama. 10) Tidak mengabaikan suruhan agama. Adab Persilatan 1) Menghormati guru utama, jurulatih dan sesama saudara seperguruan 2) Menghormati gelanggang silat dengan tidak bermain-main sewaktu pembelajaran 3) Menghadirkan diri dengan lebih awal dari guru utama atau jurulatih 4) Tidak menggunakan ilmu silat lain yang ada didada dengan niat mahu menguji guru utama atau jurulatih. 5) Bersalaman sesama saudara seperguruan diawal dan diakhir pembelajaran.

Misi, Visi dan Fokus Pertubuhan Seni Silat Kuntau Banjar

Misi :

Mendaulatkan dan memelihara Seni Pusaka Bangsa Rumpun Melayu demi membentuk sahsiah diri yang sempurna untuk Agama, Bangsa dan Negara.


Visi :

Melahirkan pelatih silat yang mempunyai kesedaran dalam:-

a) Menanamkan Rasa Cinta Pada Pusaka Silat Bangsa Melayu.

b) Membentuk Keperibadian Diri Dan Akhlak Yang Baik.

c) Membentuk Disiplin Terhadap Diri, Keluarga, Masyarakat.

d) Menyemai Sifat Kepimpinan Didalam Diri.


Fokus:

Untuk permulaan, golongan sasaran adalah remaja dikawasan gombak mahupun kawasan cawangan berhampiran kerana gejala sosial seperti aktiviti melepak, lumba haram, menghabiskan masa di Cyber Cafe dan lain-lain semakin berleluasa dikalangan remaja masa kini. Justeru itu melalui metod persaudaraan yang ada dalam Pertubuhan Seni Silat ini dapatlah mendidik anak-anak remaja ini lebih berdisiplin dalam hidup disamping memberi pengetahuan pembelajaran zaman berzaman ini.